Friday, September 22, 2006

RaMaDHaN

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَارَكَاتُهُ

Seiring akan datangnya ramadhan ini insyallah... saya memohon seribu atau sejuta kemaafan dari zahir mahu pun batin yang terpendam didalam hati... dan akan ku maafkan kesemua kesalahan sahabat handai ku yang mengenali diri ini...

Sambutlah bulan Ramadhan ini dengan penuh kemulian, elakkan pembaziran dan tanamkan sifat ingin mengenali Allah dengan lebih dekat lagi...

Insyallah...


Yang Ikhlas daripada saya...
Abdul Aa'la Haji Khalid (PuTeRaJeJaKa)

Thursday, September 21, 2006

PeTuA ImAm SyAFiE

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. Berikut adalah petikan daripada email yang saya dapat yang boleh kita amalkan bersama... Insyallah...

PeTuA ImAm SyAFiE


4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.


2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.


3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.


4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


Semoga amalan ini boleh kita ikuti bersama... Insyallah...

Tuesday, September 19, 2006

GoToNG RoYoNG @ MeDiACaL

Assalam...

Pada hari Jumaat yang lepas, office ada gotong royong membersih dan mengecat pejabat... Merah lagi u... kekekeke.....

Thanks to Elly and Fadhil for the picture...

Gambar Ehsan dari FoToPaGes Elly...
Gambar Ehsan dari FoToPaGes Elly...

Monday, September 18, 2006

KiNi SaYa KeMBaLi...

Assalammualaikum...

Wah... Lama sungguh aku tak mengeluh didalam blog nie... Huhuhuhuuu... Busy giler... Tak da masa langsung nak enjoy... Kali nie aku nak kumpulkan 2 cerita sekali gus... Cerita apa yek.... Kekekekeee... cerita pasal member yang dah kahwin ler..... Bila kawin nyer? Hehehehe.. Dah lama dah... agak basi dah pun.. tapi tak kesempatan nak menceritakannya....

Yang pertama, Tahniah buat adik perempuan Bukhari nie atau lebih dikenali dengan nama manjanya BoBo.... kekekekeee... Adik perempuannya nie namanya Nor Afifah... Samalah pulak namanya dengan anak abang aku daaaaa..... kekekkeeee....

Selamat Pengantin Baru

Apa-apa pun tahniah kepada mereka yang bersanding pada 29 Julai 2006 tempoh hari bertempat di Dewan Komuniti Taman Ibu Kota, Gombak.....

Kekenyangan Selepas Makan
Jawe ngan Tunangnya
Huhuhu.. Makan tak toleh kiri kanan... Izam ngan Tunangnya
Nie ha BOBO yang berdiri tu... Cha ngan Liza pun ada...

Sorang lagi member aku nie kawin gak.... Member semasa di KEC dulu tu... Siapa lagi kalau tak lain tak bukan Idan atau nama sebenarnya Mohd Shahidan dengan teman pilihannya Noor Shamshiah...

Wahhh... Senyum sampai ke telinga... hehehe...

Tahniah buat mereka yang bersanding pada 6 Ogos 2006 tempoh hari bertempat di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak.... Semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu cicit dan seterusnya.... kekekekekee.....

Sempat jugak la bergambar atas stage...
Huhuhu.. Tak senang duduk pengantin nak makan...
Alhamdulillah... kenyang...
Posing.... jangan tak posing...

Lepas tu pulak, ada la member aku nie lak pada hari yang sama masuk hospital kena buat operation... Siapa yek?

Sihat-sihat selaluuu....

Erin la... sian dia tak dapat join Idan kawin... Sorrylah Erin aku tak dapat nak melawat... Ada program lah petang tu... Anyway Erin dah sihat dah kan sekarang... hehehee.... Jaga kesihatan tu baik-baik key...

Key la.... nanti kita cerita pasal lain lak yea....

Wassalam....