Wednesday, May 31, 2006

KeNaPa KiTa MeNCaRi CiNTa...

Cinta adalah perasaan yang murni dan indah dan menakjubkan.
Cinta seperti meminum air laut, semakin diminum akan semakin haus.
Tanpa cinta manusia akan menjadi seperti mahkluk yang bernyawa tanpa seri rohnya.
Cinta boleh menjadi ubat bagi segala penyakit atau punca kepada semua penyakit.

Cinta adalah satu-satunya alasan kenapa kita hidup di dunia ini.
Itulah anugerah terindah dari Tuhan.
Cinta mampu membuat sesuatu yang berat menjadi ringan, yang sulit menjadi sederhana...

Permusuhan menjadi perdamaian dan yang jauh menjadi dekat.
Gagal bercinta ádalah satu proses untuk memperolehi cinta yang sebenar...

Cintailah orang yang anda kasihi itu sekadarnya sahaja, barangkali ia akan menjadi orang yang anda benci suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang anda benci itu sekadarnya saja, barangkali ia akan menjadi orang yang anda kasihi suatu hari nanti...

Cinta pertama adalah kenangan... Cinta kedua merupakan pengajaran... Cinta yang seterusnya adalah satu keperluan... Kerana kehidupan tanpa cinta ibarat seperti pelayaran yang tiada perhentian...

Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira...

Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja...

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan tersenyum...

Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

Tetapi, hakikatnya
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi

Kasih sayang-Mu Tuhan,
Itu yg kudambakan...
Dgn rahmat-Mu,
Ampunilah dosaku...

JaNgaNLaH DiHaRaPKaN PaDa MaNuSia KeraNa MeReKa HaNYaLaH HaMBa-NYA...
MaHa SuCi ALLaH SeGaLa PuJi2aN aDaLaH MiLiK-NYA...
CiNTa SeJaTi, HaRaPaN TeRPaTRi, aBaDi BeRSeMI.....

Thursday, May 18, 2006

WeDDinG CeReMOnY @ ShAh ALaM


Assalammualaikum...

Nie nak cerita and letak gambar sikit pasal wedding aku kat Shah Alam lak. Untuk tatapan korang yang tak kesempatan datang hari tu...




Boleh dikatakan ramai gak yang datang... penuhlah jugak dewan tu... saudara mara dan sahabat handai. Cuma musuh je yang tak datang.... kekekekeke... Mana ada musuh... Tak elok bermusuh walaupun dengan sesiapa sekali pun...

Nie gambar kawan-kawan aku kat UiTM dulu masa menuntut jurusan engineering...


Nie lak gambar Ex-Officemate aku kat KEC, Kelana Jaya. Diorang nie pakar-pakar multimedia lah nie... hehehee... but now, semua dah berpecah hala tuju masing-masing. Ada yang masih satu office lagi. But yang pasti bukannya di KEC lagi...


Haaa.. Nie gambar Ex-officemate aku kat TSS lak... Alaaa... TSS... Telekom Smart School... Nie pun sama gak.. masing-masing mencari career kat tempat lain. But ada gak yang masih stay kat TSS tu... What ever pun good luck to you all dgn career masing-masing...


Oklah... cukuplah aku berloteh buat masa nie.... so far ramai juga lah saudara dan kenalan aku ada yang datang ke majlis aku tu... Kepada mereka yang tak dapat hadir kerana tugas harian mereka... tak apa... nak buat camner kan... dah ada plan masing-masing... hehehee...

So ketemulah kita di luahan cerita yang lain nanti....
Wasalammmm...


Tuesday, May 16, 2006

GeRbAnG PeRkAhWiNaN @ PeRaK


Alhamdulilah...
Semuanya telah selamat disempurnakan dengan sekali lafaz... Aku bernikah ngan pasanganku, Julaiha di Perak pada 30 April tempoh hari sempena perkenalan kami yang ke 10 tahun. Keesokan harinya kami pun bersanding...


Aku bersanding dengan bertemakan warna kuning cair dan kehijauan... Bolehlah... aku suka warna lembut sebenarnya.. hehehe...



Pehhh... Letih gak bersanding nie... muka kena sentiasa senyummm je... sakit pipi aku dibuatnya... pas tu kena posing maut lak tu.. mengeliat gak badan aku dibuatnya... biasalah, nak dapatkan shot2 gambar yang menariklah katakan...



Banyak lagi sebenarnya gambar yang ada kat Perak nie.. Ada 115 keping gambar semuanya. Itu tak termasuk masa baju waktu malam. Malam aku tak leh nak upload coz wife aku masa tu tak pakai tudung... Pakai gaun lah katakan... Nanti kalau aku upload kang, bertambah pulak dosa aku nanti... heheeehehhee...

Oklah... nanti aku cerita dan upload masa aku bersanding kat Shah Alam lak.. Aku tak leh nak upload sekarang coz gambarnya aku tak ambik lagi... kekekeee...

So chowwwww........ Wasalammm...