Friday, April 21, 2006

TeRKeNanG MaSa LaLu... PaRt I


Tetiba teringat lak cerita dan pengalaman lalu... Nie nak cerita sikit, masa nie tahun 2001 masa melangcong ke UK bersama family... Masa nie arwah bapak aku masih ada... Aku mula bertolak dari KLIA ke Manchester City. Huhuuhuhuuu. sesudah sampai je kat airport sana sejuk punya lah tak ingat... lagi sejuk dari Genting di waktu malam... Mulut berasap je tak payah hisap rokok... eheheheee.. Sejuk sampai ke tulang.

Namun di Manchester cuma beberapa jam saja... Kami terus ke Stesen keretapi menuju ke Edinburgh. Kat Edinburgh nie sebenarnya tempat kakak ipar aku blajar.. So kira melawat dia skali la... Kat sini tempatnya peh lawa tak ingattt... Sempatlah juga gie rumah hantu depa dok nama Edinburgh Dungeon. Rumah hantu depa bukan sama dengan kita kat sini... Masuk2 je kena ada rombongan dari satu bilik ke bilik.. Setiap bilik tu ada show yg macam2 ada... Bak kata pepatah... Macam-macam Adaaaa.... kekekeee...

Selang beberapa hari ntah aku tak ingat... Kami ke Kota London lak.. Kat sini pun berjalan ler... Yang tak tahan tu, sejuk2 kat sini, kami makan aiskrim gak... hehehhehe... Saja buang tebiat...

Kami kat sini beberapa hari jugak la.... malam2 lak bejalan kat Oxford Street. Kat sini ramai student Malaysia... Jalan2 sikit bertembung... hehehee macam kita bertembung ngan indon bila berjalan2 kat malaysia nie.... hehehehee....
Lepas tu sempat lah jugak jumpa berdepan ngan Queen Elizabeth (yang keberapa ntahlah...)


Lepas tu aku tak lepaskan peluang naik Double Decker Bus... hehehe..

Lepas tu punya la aku terkejut coz yang ku sangka London bridge tu besar dan panjang.. rupanya pendek dan rendah je.... kekekekee...

Selain tu jugak aku round kat menara jam tinggi depa, Big Ben. Tgk the Big Eye.. peh besor giler dia punya merry go round tu... Boleh dikatakan satu kota London boleh lihat bila berada kat atas tu...

Okey lah... panjang melalut lak aku cerita... Lepas nie aku cerita tentang aku gie Umrah lak beserta ngan gambar2 yang ada...

To Be Continueeee...... TeRKeNanG MaSa LaLu... PaRt II...

Wednesday, April 19, 2006

JemPuTaN PerKaHwiNanKu...

Walimatul Urus

Hehehehe... Hitung demi hitung masanya makin dekat... Kes kad aku tak siap tempoh hari dah pun selesai... Apa nak buat kad yang cantik asalnya bertukar pada kad instant jeeee... heheheee...

Ini semua gara-gara lambat hantar printing walaupun dah berkali diingatkan... Tak taulah nak disalahkan pada siapa but lantaklah... benda dah lepas... aku tak kisah sangat walaupun benda nie sekali dalam hidup aku...

So kepada kawan-kawan yang mengenali diri ini... jemputlah hadir ke kenduri perkahwinan aku yang tak seberapa nie... terpulanglah sama ada nak datang kat Perak ke atau kat Shah Alam.. Datang dua-dua pun menarik gak...

So majlis aku sebenarnya akan bermula pada malam 29 April nie yang diadakan kenduri arwah bapak aku dan kenduri kesyukuran... Majlis nie akan diadakan di rumah aku kat Teluk Intan...

Majlis akad nikah pada 30 April jam 11 pagi di rumah pengantin puteri di Langkap, Perak. Then, majlis persandingan ku pada 1 Mei nie di rumah pengantin puteri dan 7 Mei di Shah Alam....

So selepas nie aku akan masukkan pulak gambor kahwin aku lak yea.... heheheeee...

Wasalam.....



Monday, April 03, 2006

ReUniOn @ My HoUsE


Huhuuuhuu....

Jadik gak wat gethering kat rumak aku... So, thanks kepada yang datang ke rumah pada Jumaat lepas... Walaupun tak semuanya ada, namun kecerian tetap ada pada malam itu.

Ada jugak yang merajuk katanya lambat beritahu... Nak buat camner, ini pun last minute confirm. Pada mulanya cancel coz tak ramai but petang Khamis tu pulak terus confirm then diorang carik bahan-bahan nak bakar... So jalan je la.....



Anyway... kepada mereka yang tak dapat bersama kami pada malam tu tak pa... insyalah kita buat lagi then harapnya semuanya ada....

Azam, thanks for the picture... Memang class ghitu.... So for more information and picture, bolehlah visited Azam nya site...

ZaMdEe's FoToPaGe

So... ketemu lagi semua.... bye....