Hmmm...
Apa yang aku nak tulis yek.... Ini adalah first time aku masuk sini... Tak gheti rasanya nak tulis apa...
Rasanya aku akan tulis apa yang terbuku di hati aku kat sini.. Macam dairi aku dalam web lah nie... hehehee..
So far, for the first time aku rasa biarlah aku intro diri aku sendiri...
Aku hidup dalam keluarga yang sederhana... Sejak kematian arwah bapak aku, aku rasa ada kekosongan dalam hidup ini... ialah... seorang bapak yang agak garang pada masa dahulu tetiba hilang pd pandangan mata aku...
Walaupun arwah bapak aku seorang yang garang... namun kasih sayang dia terhadap aku tetap aku rasakan juga.... Arwah bapak aku nie tak pandai menunjukkan kasih sayang dia pada keluarga namun aku percaya, segarang-garang dia, dia tetap menyayangi keluarga aku walaupun tak pandai menunjukkannya... Abang aku yang kedua (AbangLi) mengikut jejak arwah bapak aku nie... Aku tahu walaupun abang aku nie tidak tahu menunjukkan kasih sayang dia pada mak aku, tapi dia tetap mengambil berat pd mak aku...
Berbalik pada arwah bapak aku, sejak ketiadaan dia, aku rasa tak kena pada keseluruhan keluarga aku... Yalah.. mak aku sekarang nie agak terumbang ambing tidak tahu kemana hendak tinggal. Abang sulung aku lak asyik sibuk dengan kerjayanya. Samalah juga dengan abang kedua aku tadi.. sibuk dengan keje dia tidak kira siang atau malam... Kakak aku pulak asyik ghairah melayani keluarganya sendiri... Samalah jugak dengan kakak aku yang satu lagi asyik dengan teman hatinya yang dah lama kenal tapi tidak kahwin-kahwin lagi... Ini semua merungsingkan mak aku termasuk lah aku sendiri...
Semuanya lain semenjak arwah bapak aku meninggal... Semuanya seolah-olah lepas tanggan untuk menjaga mak aku yang kini tinggal keseorangan... Masing-masing sibuk menjaga keluarga masing-masing... Tak pandai menjaga hati dan perasaan mak aku... Aku lah tempat menggadu bagi mak aku... dan aku setia mendengar keluhan mak aku... Yalah.. siapa lagi yang nak mak aku mengadu... boleh dikatakan setiap malam mak aku mengalir air mata mengadu kisah adik beradik aku yang tidak paham dengan kerenah mak aku... Yalah... mak aku dah tua... perasaan dia agak sensitif... fikiran pun agak kebudakan, cepat merajuk.... Ini semua adik beradik aku patut paham.... Maklah satu-satunya yang tinggal dan kenalah jaga perasaan mak yang entah berapa lama lagi ada di dunia nie....
Aku mempunyai 2 abang dan 2 kakak..... Aku yang last sekali... Aku masih lagi single. Tapi aku akan mendirikan rumahtangga pada 30 April nie... Insyalah aku akan bawa mak aku untuk tinggal bersama dengan aku....
Aku baru sahaja meneruskan kerjaya aku di Subang Jaya pada 1 Mac ini... Tenang fikiran aku bila dah dapat keje... Yealah keje di tempat yang aku idamkan lak tu... Alhamdulilah, berkat doa aku, mak aku, keluarga dan tunang aku akhirnya termakbul...
Dari segi pelajaran aku, dah banyak tempat aku menuntut ilmu... bermula dengan ITM (UiTM) hinggalah sekarang aku masih lagi menuntut di OUM.
Selepas SPM aku sambung belajar kelas tingkatan 6... namun tak sampai 3 bulan aku ditawarkan ke ITM Jengka pada 1996. Pada akhir 1996 aku ditawarkan pula untuk Diploma Kejuruteraan Mekanikal... Hahahahaa... memang dah lari bidang yang aku ceburi sekarang... Ialah.. aku sebenarnya apply untuk Computer Science tapi yang dapat pilihan ketiga... Mech. Engineering.... Aku habiskan masa aku 3 tahun dalam bidang ini...
Aku tak dapat meneruskan pengajian aku pada tahun akhir di ITM kerana dah tak leh masuk lagi dah kepaka otak aku nie bidang engine nie... Aku terus berenti pada pada semester 7 pada akhir tahun 1999... Aku teruskan cita-cita aku di Sunway College atas tajaan abang aku yg sulung... Aku ambil dalam bidang Diploma in IT major in Multimedia pada tahun 2000. Setahun sahaja tamat bidang nie dan kemudian aku sambung pula di Cosmopoint College dalam bidang Adv Dip in Multimedia Production Specialist... Disini aku kerja sambil belajar... penat juga tapi apa kan daya pelajaran tetap penting bagi diri aku... Aku belajar disini selama setahun setengah. Kemudian aku ditawarkan pula untuk sambung ditempat yang sama selama setahun dalam bidang Ijazah Comp Science... tapi aku tak minat... aku lebih minat dalam bidang multimedia... So aku cari tempat yang sesuai mengikut citarasa aku... Akhirnya aku jumpa OUM yang menawarkan Bachelor in Multimedia Communication tetapi selama 4 tahun pengajian.... pehhhh, lama tu bebbb.... Namun aku sabar dan aku terus meneruskan pelajaran aku di sini.
Akhirnya aku telah pun berada ditahun akhir dan insyalah aku akan tamatkan pengajian aku pada tahun ini... Namun ada juga masalah aku yang kena aku hadapi iaitu WANG... DUIT... aku tidak cukup duit untuk meneruskan pelajaran aku pula.. Oleh itu aku terpaksa tangguhkan dulu pelajaran aku untuk semester ini kerana tak ada duit untuk bayar yuran sebanyak RM1,500 untuk satu semester...
Hmmm.... panjang lebar intro aku nie... entah camner panjang pulak idea aku nak tulis... agaknya camnie lah si Rudy member baik aku kat sini tulis dalam blog nie... tak sedar dah panjang lebar yang dah tulis... heheheeeeee...
Akhir kata untuk diri aku sendiri.......
Hidup biarlah sederhana... Jagalah maruah diri... Hargailah pengorbanan keluarga dan diri sendiri.... Ingatlah Allah selalu........
Wassalam....