TeRKeNanG MaSa LaLu... PaRt II
Assalammualaikum.....
Fuhhh... Lega bila prototype tender BTP sudah selesai... Poning kepalo den di buek nyor... kekekekeee...
Haaa... Nie nak cerita lak seperti yang telah ku janjikan dulu untuk berceritakan pengalaman ku semasa pergi Umrah 4 tahun lepas....
Aku sebenarnya tak badjet pun nak gie umrah nie... Tahun 2002 memang bersejarah buat diriku ini... aku terikat ngan keluarga aku untuk menunaikan Umrah pada waktu itu... Kami bersekeluarga bercadang untuk menunaikan Umrah sekeluarga... Pada ketika itu aku memang mempunyai wang simpanan... Tapi untuk tujuan lain... Hehehehe... Cadangnya aku simpan duit tu nak beli kereta... last2 oleh kerana seluruh keluarga aku gie Umrah... Aku pun nak pergi... Habislah duit simpanan aku yang nak beli kereta tu aku gunakan untuk menunaikan Umrah... lagi best...




Masa tu arwah bapa ku masih lagi ada... Nie lah kali terakhir arwah bapa ku menjejakkan kakinya disitu... Sebelum nie aku rasa dah 3 kali arwah menunaikan haji dan lebih 3 kali arwah menunaikan Umrah... alhamdulilah...


Kami bertolak terus menuju ke Kota Madinah pada ketika itu... Fuhhhh.. dapat juga aku menjejakkan kaki ku ke Masjid Nabawi.... Disini lah Nabi kita di semadikan.... daripada sinilah kami niat untuk menunaikan Umrah...

Kami di sini tak lama rasanya dalam 2 hari je... Lepas tu terus ke Kota Mekah... Subhanallah... Maha Suci Allah... Kami pergi dengan membawa rahmat... Kami dapat merasakan hujan gerimis disini... Yalah, kalau korang nak tau, kat sini memang susah nak hujan mahu pun turun air dari langit... Alhamdulilah... dapat jugalah kami merasa hujan yang tak seberapa itu disini....
Selepas kali yang pertama menunaikan umrah, sempat jugaklah kami meronda-ronda disekitar kawasan sini sambil membuat niat kali kedua umrah dan seterusnya... Aku rasa aku sempat menunaikan umrah sebanyak 4 atau 5 kali sepanjang kami disini...



Haaaa... gambar nie dekat kawasan perang semasa perang apa ya... aku pun dah lupa... haaa... Kak Sue kata perang Uhud di Bukit Uhud... hehehe.. terlupak lak aku... Nielah dia bukitnya.... kekekekeeee...

Banyak lagi tempat menarik yang sempat kami kunjungi... ada masanya aku gie sorang-sorang je coz nak berniat umrah lagi... hehehee...




So... masa kami balik, kami naik flight dari Jeddah ke KLIA... Sempat jugak diorang shopping kat Jeddah nie... heheheheee...


Itulah dia cerita aku semasa mengerjakan umrah pada tahun 2002 yang lepas.... Tak sampai sebulan selepas aku balik... ntah macammana rezeki aku murah baru balik daripada Umrah... dapat jugak aku beli kereta baru Kenari EZi Special Edition yang aku guna sehingga kini...
Dan kereta itu jugalah yang banyak berjasa kepada aku dan keluarga aku... sempat jugaklah arwah bapak menjejak kakinya ke kereta aku... Adakalanya menghantarkan dia ke hospital, IJN dan banyak tempat lagi... Adakalanya dia batuk berdarah dalam kereta aku apabila dalam perjalanan ke hospital...
Namun apakan daya... pada pagi Jumaat, tanggal 17 Januari 2003, Allah lebih menyayangi dia... Semoga rohnya dicucuri rahmat..... Al-Fatihah....
Wassalam...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home